Search Information This Blog

Sunday, June 18, 2017

6 Orang Pembantu Rumah & 4 Tukang Kebun Larikan Lebih RM100 Ribu Duit Aliff Syukri

6 Orang Pembantu Rumah & 4 Tukang Kebun Larikan Lebih RM100 Ribu Duit Aliff Syukri

18 JUNE , 2017
Beberapa hari lepas kecoh mengenai Datuk Aliff Syukri yang mengamuk dengan pembantu rumahnya yang ditangkap mencuri barang-barang miliknya, tetapi masih berlembut dan termakan lakonan semua pembantu rumahnya.
Hari ini, Datuk Aliff sekali lagi mengamuk apabila 6 orang bibik dan 4 tukang kebun bersubahat mencuri wang tunai Datuk Aliff lebih RM100 ribu dan barang-barang peribadinya telah melarikan diri.
Maaf bibik kali ni sy tak akan cair dgn rayuan mereka.. yg seblum ni maid curi dan saya tak buat report ttp lari dan mencuri.. kali ni sy tekad hantar ke polis. bibik yg dianggap malaikat rupaya sebaliknya. 6 org bibik dan tukang kebun 4 penjenayah sedang berlegar dimalaysia..sy harap anda berhati2..
Apa yang membuatkan Datuk Aliff terkilan apabila seorang pembantu rumahnya yang dianggap sebagai Malaikat juga bersubahat yang kononnya menerima wang tunai daripada bibik bernama Fitri sebanyak RM5000 dikirimkan ke kampung.
Kesemua pembantu rumah dan tukang kebun Datuk Aliff Syukri telah melarikan diri dan hanya tinggal seorang pembantu rumah yang dibawa ke Balai Polis Sungai Buloh untuk laporan.

Sumber : http://babab.net/artikel/6-orang-pembantu-rumah-4-tukang-kebun-larikan-lebih-rm100-ribu-duit-aliff-syukri.html

No comments:

Post a Comment